Ada pertanyaan?
Soalan Lazim
Dapatkan jawapan kepada soalan yang sering ditanya oleh jemaah kami.
Kami Di Sini Untuk Membantu
Berikut adalah soalan-soalan yang sering ditanya mengenai pakej umrah dan perkhidmatan kami.
1Berapa harga pakej umrah?
Harga bergantung pada musim, jenis bilik (quad/triple/double), serta tarikh penerbangan. Sila hubungi admin untuk senarai harga terkini.
2Apa beza harga bilik (quad/triple/double)?
Quad (4 orang sebilik): Harga lebih jimat. Triple (3 orang sebilik): Lebih selesa dengan ruang tambahan. Double (2 orang sebilik): Paling selesa & privasi, harga lebih tinggi.
3Hotel dekat dengan Masjidil Haram / Masjid Nabawi ke?
Ya, Durrah Travel hanya sediakan hotel berdekatan untuk memudahkan jemaah beribadah.
4Berapa lama tempoh perjalanan?
Kebiasaannya 9–12 hari, bergantung pada pakej yang dipilih.
5Penerbangan guna syarikat apa?
Mengikut jadual semasa. Biasanya direct flight (tanpa transit) bagi memudahkan jemaah.
6Visa & insurans termasuk dalam pakej?
Ya, kedua-duanya termasuk dalam harga pakej.
7Makanan disediakan berapa kali sehari?
Bergantung pada pakej umrah yang di ambil. Kebanyakan adalah 3 kali sehari, dengan menu citarasa Asia.
8Mutawwif ikut sekali sepanjang perjalanan ke?
Ya, mutawwif berpengalaman akan membimbing jemaah sepanjang perjalanan umrah.
9Berapa kali boleh buat umrah di Makkah?
Sekurang-kurangnya 2 kali (bergantung pada masa & kesihatan jemaah).
10Ada ziarah Madinah & Makkah sekali dalam pakej?
Ya, lebih 15 lokasi ziarah termasuk tempat bersejarah di Madinah & Makkah.
11Umur minimum boleh pergi?
Kanak-kanak boleh ikut, tetapi perlu ditemani penjaga. Tiada had umur maksimum selagi sihat & mampu mengerjakan ibadah.
12Adakah ada kursus umrah sebelum berangkat?
Ya, Durrah Travel sediakan kursus umrah untuk membimbing jemaah sebelum berlepas.
13Boleh pilih tarikh sendiri atau ikut tarikh tetap agensi?
Biasanya ikut tarikh yang Durrah Travel tetapkan, tetapi ada juga tarikh pilihan khas (private group).
14Kalau batal, deposit hangus ke boleh refund?
Deposit tidak boleh refund, tapi boleh pindah ke tarikh lain atau tukar nama (ikut syarat & tempoh masa).
15Boleh tukar nama peserta kalau tak jadi pergi?
Ya, boleh tukar nama sebelum urusan tiket & visa diproses.
16Apa yang termasuk dalam harga pakej?
Tiket penerbangan, visa, hotel, makan & minum, pengangkutan, insurans & bimbingan mutawwif.
17Apa yang tidak termasuk dalam harga pakej?
Perbelanjaan peribadi, lebihan bagasi, dan kos tambahan lain di luar itinerary.
18Bagaimana cara nak booking pakej umrah dengan Durrah Travel?
Mudah saja! Hubungi admin Durrah Travel pada nombor yang tertera untuk tempahan slot dengan deposit serendah RM500 atau RM1,000.
19Apa syarat untuk daftar (dokumen diperlukan)?
Passport sah 6 bulan, 4 keping gambar berukuran passport (background putih), salinan IC, buku vaksin (jika diperlukan).
Masih ada soalan?
Hubungi kami dan team kami sedia membantu anda dengan sepenuh hati.
